" Setelah wafatnya Rasulullah S.A.W. para sahabat baginda yang amat mengasihi baginda tidak melakukan amalan berkabung.
Telah wafat para khalifah yang sangat mulia; Abu Bakr, Umar, Uthman, ‘Ali dan seluruh para sahabat Nabi S.A.W, umat Islam tidak pernah membuat amalan berkabung!
Telah meninggal ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz khalifah yang agung, umat Islam tidak berkabung.
Padahal mereka lebih layak untuk ditangisi dan berkabung –jika diizinkan.
Generasi mereka lebih faham dan menghayati Islam dibandingkan kita.
Telah meninggal ramai ulama yang sangat besar dan berjasa seperti para tabi’in, para imam hadis dan fekah, tidak pula umat Islam berkabung.
Apakah ada sesiapa yang lebih mulia dari mereka semua untuk kita berkabung?!
Maka amalan berkabung sempena kematian pembesar atau kerabat istana bukanlah dari ajaran Islam.
Bahkan menyanggahi apa yang ditegaskan oleh Rasulullah S.A.W.
Mereka yang meninggal pada hari ini tidak lebih mulia dari insan-insan soleh bermula Rasulullah S.A.W. dan selepas baginda.
Jika kematian mereka pun umat tidak berkabung kerana mematuhi arahan Rasulullah S.A.W. apakah kita merasai pembesar dan kerabat yang meninggal pada zaman ini lebih mulia dari mereka?!
Sama sekali tidak. Kepada Allah kembali segala urusan!"
Yang sabit daripada nas ialah...
berkabung Isteri yang kematian suami... iaitu 4 bulan 10 hari..
-Dr MAZA
Khamis, 21 Ogos 2014
BERKABUNG ???
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan